Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai jawab soalan audiens tentang diet vegan dan pemanasan global. Kemudian perbincangan panel seterusnya tentang kesucian semua hidupan diperkenalkan.(Kita ada satu lagi soalan di sini daripada seorang Kanada, Florence Etiene.) Selamat datang.(Halo, Guru. Saya Florence Etiene. Saya seorang ahli bahasa. Saya begitu gembira berada di sini. Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana mengajar kami satu bahasa utama – bahasa Kasih Sayang.) Ya. (Soalan saya adalah untuk Guru. Berapa peratus daripada rakyat Amerika diperlukan untuk membuat perubahan besar dalam perubahan iklim dan kebuluran dunia?)Master: Soalan yang baik, puan. Soalan yang baik. Saya pasti kamu sangat ambil berat baru boleh memikirkan soalan ini. Pada semua pengiraan, pandangan dan pendapat saya, di Amerika Syarikat, jika kita ingin beri sumbangan sebenar untuk hentikan pemanasan global, maka 70% daripada populasi orang Amerika harus menjadi vegan. Saya harap mereka akan menjadi begitu. Trend ini semakin meningkat, puan. Trend ini semakin meningkat. Saya harap kita akan capai 70% tak lama lagi. Lagi banyak orang menjadi vegan lagi banyak masa kita peroleh supaya dapat menangani pemanasan global. Veganisme akan hentikan kebuluran dunia juga. Kamu tahu akan itu.MC:Jane Velez-Mitchell: Mahaguru, saya rasa itu mengakhiri soalan kita untuk panel ini. Terima kasih banyak-banyak, Mahaguru Ching Hai, atas kebijaksanaan-Mu. Terima kasih banyak-banyak kepada ahli panel yang mengagumkan, atas kebijaksanaan mereka.Kami ada satu lagi panel yang luar biasa untuk kalian tentang kerohanian – mengapa semua hidupan adalah suci.Master: Terima kasih, Jane. Terima kasih. Itu bukan hanya kebijaksanaan, Jane. Itu maklumat, maklumat yang boleh didapati di internet hari ini.MC:Jane Velez-Mitchell: Saya seorang wartawan siasatan dan orang vegan yang bangga, Jane Velez-Mitchell. Kita sedang bercakap tentang cara menyelamatkan dunia ini. Orang dari seluruh dunia menonton siaran ini bukan sahaja di internet tetapi juga di televisyen satelit, lebih 14 buah satelit memuat turun ini di seluruh dunia. Jadi kalian yang berada dalam audiens dan anda yang berada di rumah, kita mengubah dunia hari ini. Kita ada perbincangan yg mengagumkan setakat ini dan ia berterusan. Sekarang kita ada panel tentang kerohanian dan diet. Dua perkara ini berkait rapat. Jika kita bercakap tentang kerohanian tetapi makan makanan segera dan makan burger, ada sesuatu yang tak kena. Kita akan berbincang tentang mengapa semua hidupan adalah suci. Dah tentu, kita sentiasa besar hati adanya bersama kita Mahaguru Ching Hai, Wanita yang menyatukan semua ini hari ini, Wanita yang bertanggungjawab terhadap mesej ini disebarkan ke seluruh dunia. Terima kasih sekali lagi, Mahaguru. (Terima kasih, sayang. Terima kasih, sayang.)Kami juga ada seorang ahli panel yang mengagumkan. Saya sangat besar hati dapat bertemu dengan Lionel Friedberg yang merupakan penerbit dan pengarah ‘Tugas Suci’ yang menangi Anugerah Emmy. Ia sebuah dokumentari yang mengagumkan tentang kegerunan penternakan haiwan. ‘Kegerunan’ memang ialah perkataannya. Jika mana-mana daripada kalian pernah saksikan dokumentari ini, ia benar-benar dedahkan rahsia yg tidak menyenangkan dan aspek tak bermoral industri ini.Juga berbesar hati adanya seseorang yang saya merupakan peminat besarnya, Dr. Elliott Katz yang merupakan presiden ‘In Defense of Animals’, sebuah pertubuhan yang buat begitu banyak untuk haiwan dan benar-benar menyebarkan kata-kata tentang begitu banyak masalah yang melibatkan komuniti haiwan, sama ada ladang cara kilang, ujian ke atas haiwan, semuanya. Akhirnya, sekali lagi, kita ada Dr. Will Tuttle yang merupakan pengarang buku laris yang mengagumkan ‘Diet Kemanan Dunia: Makan untuk Kesihatan Spiritual and Keharmonian Social’. Seperti yang telah saya katakan, Mahaguru Ching Hai menyertai kita dengan sambungan sesawang dan satelit antarabangsa. Kita amat berbesar hati adanya Mahaguru mengambil bahagian dalam perbincangan panel ini.(Terima kasih, Jane. Lionel, pada pendapatmu, apakah peranan pertubuhan agama dan bahagian mereka dalam mengatasi krisis teruk hari ini?)Lionel: Jelasnya ada banyak segi pandangan dan aspek seluruh hal pemanasan global dan perubahan iklim ini.Salah satunya yg paling banyak diabaikan, saya rasa, pasti dalam media dan media arus perdana yang kita bincangkan di sini, ialah perkara etika dan moral, bertanya diri sendiri soalan ini, “Ada tak apa-apa yang tak betul dari segi moral dengan apa yang kita lakukan terhadap dunia kita, terhadap planet kita, terhadap spesies yang dengan mereka kita kongsinya?” Ia benar-benar berpokok pada itu. Hakikatnya, apabila kita melangkaui hujah politik, persoalan saintifik, aspek kejuruteraan dan sebagainya, kita benar-benar perlu lihat aspek moral pemanasan global yang dalam jika kita ingin menyentuh hati orang dan buat orang merenungkannya di peringkat yang paling dalam. Etika ialah apa yang banyak mendorong apa yang kita buat, dan sifat moral kita ialah teras kepada begitu banyak daripada pembuatan keputusan kita.Jika kita tidak membuat keputusan yang betul dalam aspek itu, apa yang akan berlaku? Mungkin kita mendapat lebih banyak perbatuan petrol daripada enjin tetapi jika kita biarkan beruang kutub jadi pupus apa ertinya itu? Saya rasa kita telah gagal dalam misi kita. Apa yang akan kita ada ialah dunia yang kehilangan dan kekurangan moral. Saya tak rasa mana-mana daripada kita mahukan itu. Jadi saya rasa agama mainkan peranan yang sangat besar dalam menangani isu ini. Saya telah membuat filem yang bertajuk ‘Tugas Suci’ yang diterbitkan untuk sebuah pertubuhan yang dipanggil Orang Vegetarian Yahudi Amerika Utara – mereka yang menaja filem ini – kependekannya JVNA. Ia menyentuh semua aspek yang kita bincangkan di sini hari ini: dari aspek pertanian, sains, pemanasan global, karbon dioksida, sebut sahaja, segala-galanya. Tetapi di penghujung filem ini, kami mengemukakan tanpa ragu-ragu bahawa apa yang menjadi asasnya memang ialah “Apa yang kita buat terhadap makhluk yang dengan mereka kita berkongsi dunia ini?”Kita memperlakukan mereka dengan buruk sekali. Ia memaparkan itu dengan sepenuhnya. Ia buat banyak orang berpaling dari filem ini kerana mereka tak nak tahu akan ini. Mereka tak nak hadapi babak itu. Jadi saya perlu letak menu di permulaan DVD ini untuk membolehkan orang melangkaui bahagian itu jika mahu. Saya tak nak buat begitu tetapi terpaksa buat begitu kerana orang kata, “Oh! Saya tak boleh tunjukkan ini kepada anak. Saya tak boleh tunjukkan ini kepada ibu mentua saya,” dan apa-apa saja. Tetapi kita perlu mula memikirkannya di peringkat itu. Kita harapkan itu dengan filem yang dibuat oleh pertubuhan Yahudi ini tetapi ia kemukakan isu-isu universal. Ia tidak secara khusus kemukakan persoalan orang Yahudi. Ia dibuat oleh pertubuhan Yahudi tetapi ia meninjau apa yang ingin dinyatakan oleh Bible, apa yang ingin dinyatakan oleh buku-buku agung dalam Bible, iaitu lima buku Nabi Musa. Ia menerapkan teks dan petikan daripada itu untuk menyentuh hati orang kerana banyak orang pergi ke synagogue, tokong, gereja, masjid dan apa-apa saja yang lain dan ini bergema dengan mereka.Jadi filem ini ada tema keagamaan dalamnya dengan harapan kita akan capai penonton yang sangat banyak, bukan sahaja dalam lingkungan Bible tetapi mana-mana saja. Apa yang kita harapkan ialah agama rasmi, sama ada agama Kristian, Islam, Buddha, Yahudi, Rosicrucianisme atau apa-apa saja akhirnya akan bersatu padu, datang ke platform yang sama dan mula mengemukakan isu perubahan iklim, pemanasan global serta hubungan kita dengan diri sendiri disebabkan isu kesihatan yang terlibat dan dengan haiwan yang kita dera dengan dahsyat sekali di makmal, di ladang cara kilang dan rumah sembelih. Saya tak perlu huraikan secara terperinci. Kalian tahu apa yang berlaku.Tapi kita belum capai orang yang cukup dalam komuniti keagamaan. Malangnya komuniti keagamaan sangat keberatan hendak bersatu padu dan mengemukakan isu-isu ini di platform yang sama. Hingga hari ini saya masih tertanya-tanya apa halnya itu, kenapa ada sikap acuh tak acuh sebegini. Saya memang rasa bahawa dalam masa kira-kira seratus tahun, atau mungkin kurang dari sekarang, kita akan dapat mengingat kembali zaman ini dan tertanya-tanya bagaimana kita biarkan hutan hujan Amazon habis terbakar, bagaimana kita biarkan beruk besar di Afrika dan Asia menjadi pupus, bagaimana kita biarkan terumbu karang hilang? Kita tak tahu ke apa yang berlaku? Tidakkah mereka yang menduduki platform, platform keagamaan, menyedari apa yang berlaku dan menyuarakannya dengan lantang? Saya menggigil memikirkan apa yang akan cucu kita katakan kepada kita pada suatu hari nanti apabila mereka berkata kepada kita, “Kamu tak tahu ke?”Tapi dah tentu, kita memang tahu. Saya rasa ini ialah isu asas yang harus ditangani oleh komuniti keagamaan. Pada masa ini mereka tidak berjuang dan meneliti isu-isu ini. Saya rasa kita perlu menembusi halangan itu. Kita semua tahu apa yang berlaku hari ini. Jika kalian lihat penarikan balik daging baru-baru ini di Chino sini, di California di mana 143 juta paun daging ditarik balik dari sistem sekolah dan pasar raya, itu semata-mata disebabkan lembu yang direbahkan. Ini lembu yang terlalu tempang atau sakit, tak dapat berjalan di rumah sembelih, diperlakukan dengan kejam. Oleh itu, daging mereka dianggap ‘tercemar’ dan semua daging ini ditarik balik.Jadi bukanlah kita tak tahu lagi apa yang berlaku. Kita tahu. Saya tak dapat lihat mengapa kita tak dapat menembusi halangan sikap acuh tak acuh ini. Ini ialah soalan yang ingin saya tanya Mahaguru lepas ini. Mungkin Beliau ada pandangan mendalam tentang itu. Bukanlah kita bodoh atau tidak dimaklumi. Kita telah pergi ke Bulan dan balik. Kita ada peneroka robot kecil di pinggir sistem suria.Jadi kita ada kecerdasan untuk membuat pilihan bermoral ini dan mempersoalkan isu-isu ini tetapi kita tidak lakukannya. Jadi dengan segala hormatnya bagi pihak penerbit bersama filem ini, Richard Schwartz yang merupakan presiden Orang Vegetarian Yahudi Amerika Utara, saya ingin gunakan platform ini hari ini dan kemukakan cabaran kepada komuniti keagamaan di seluruh dunia, melalui platform Supreme Master Television, supaya bersatu padu, mula memikirkan isu-isu ini dan menjadi lebih lantang sikit dengannya, lebih lantang bersuara sikit, bawanya ke dalam arus perdana pemikiran agama.Kerana jika kita ingin mengatasi pemanasan global dan hentikan kejadian menggerunkan yang berlaku dan buat diri kita sakit, kita memang perlu bawanya ke tempat di mana banyak orang pergi dan itu ialah mimbar. Jadi dengan segala hormatnya, saya kemukakan cabaran itu hari ini. Saya ingin akhirinya dengan satu soalan kepada Mahaguru, iaitu: Ada tak sebarang cara kita dapat menembusi sikap acuh tak acuh yang menghalang orang daripada bincangkan isu ini dan beralih kepada diet vegetarian (vegan) sedangkan fakta-faktanya jelas bagai loceng? Kita semua dapat ketahuinya sekarang.Master: Ya, halo, En. Friedberg, terima kasih atas penghormatan ini. Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada kamu kerana begitu ambil berat dan betul kata-katamu. Saya rasa orang dan pemimpin agama harus bersuara tentang subjek ini, harus mengambil lebih banyak kedudukan memimpin untuk membantu orang ramai memahami masalah besar yang kita hadapi dan penyelesaiannya untuk mengatasi pemanasan global. Tetapi ini takkan begitu senang semalaman. Tetapi saya rasa sekarang mungkin kita boleh tawarkan diet vegan kepada mereka, orang ramai.Meskipun pemimpin agama tidak bantu kita dengan ini, kita boleh berusaha sedaya upaya dan sebarkan berita ini melalui internet, melalui risalah, melalui media, melalui televisyen dan dari mulut ke mulut. Kita boleh beri mereka segala maklumat yang sangat terkini sekarang tentang perubahan iklim dan penyelesaiannya. Sekarang satu-satunya penyelesaian yang paling baik, paling pantas dan paling berkesan ialah diet vegan. Itu penyelesaian utama kepada pemanasan global, mengikut bukti saintifik pun. Saya belum lagi berkata tentang kewajipan moral dan balasan karma daripada diet daging orang-haiwan. Tetapi jika kita berikan cukup maklumat kepada orang ramai dan jika mereka cukup mengambil berat untuk meninggalkan daging orang-haiwan bagi menyelamatkan dunia ini, maka hati mereka akan menjadi cukup besar untuk menjadi lebih berbelas kasihan terhadap spesies lain. Kemudian mereka akan faham secara beransur-ansur, natural juga, disebabkan oleh standard hidup yg penuh kemurahan, bahawa sayangi makhluk lain adalah sayangi diri sendiri. Ini akan menjadi sikap mental yang lebih automatik selepas majoriti atau seluruh populasi planet ini beralih kepada diet vegan. Sekrg setelah kita selamatkan dunia ini, kita akan ada lebih banyak masa untuk bantu mereka faham di peringkat yang lebih dalam tentang belas kasihan terhadap orang-haiwan. Terima kasih, encik. (Terima kasih.) (Terima kasih, Mahaguru Ching Hai dan En. Friedberg kerana berkongsi dengan kami.)Photo Caption: “Persahabatan Selama-lamanya dengan TUHAN Membawa Keselamatan, Kegembiraan dan HIDUP SEBENAR.”











