Butiran
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Dr. Will Tuttle (vegan) dengan mesra memperkenalkan Mahaguru Ching Hai dan aktivis Howard Lyman (vegan) mula berkongsi perjalanannya daripada penternak lembu kepada penyokong vegan. Dr. Will: Seperti yang saya sebut dalam buku ‘Diet Keamanan Dunia’, pengikut Mahaguru Ching Hai di seluruh dunia buka restoran vegan di banyak bandar serta menyumbangkan pakaian, makanan vegan, tempat berlindung dan bantuan kepada mangsa bencana, banduan, kanak-kanak dan warga emas di negara-negara di seluruh dunia. Walaupun Beliau hendaki pelajar-Nya bermeditasi selama dua jam setengah sehari, bersumpah untuk tidak makan produk daging, [tenusu] atau telur, menghindari arak, najis dadah serta tidak bekerja dalam pekerjaan yang menggalakkan eksploitasi haiwan atau orang, gerakan-Nya terus tersebar. Daripada menghalang gerakan-Nya, desakan-Nya agar pelajar-Nya mengurangkan kekejaman dalam hidangan mereka mungkin secara paradoksikal mempromosikannya. Orang yang serius dengan pertumbuhan spiritual nampaknya boleh menerima perubahan asas dalam kehidupan mereka, malah mungkin menyambut baik peluang ini. Saya rasa semua orang di Bumi terhutang budi kepada Mahaguru Ching Hai dan juga pelajar-Nya. Kebaikan hati di mana-mana pun berkati semua orang di mana-mana saja – kita semua saling berkait. Usaha-Nya untuk berkati dunia diperbesar oleh kemurnian niat-Nya, membuat usaha Wanita kecil molek ini memang sangat besar dalam impaknya. Orang sering tanya saya apakah strategi dan kaedah yang terbaik untuk bantu kita menjadi lebih berkesan dalam sokongan kita kepada haiwan dan Bumi. Selain mendidik diri sendiri tentang isu-isu ini, sumbangan paling penting yang boleh kita berikan kepada gerakan pembebasan haiwan adalah mencari pembebasan spiritual sebenar untuk diri sendiri dan cara terbaik kita dapat bantu membawa kedamaian adalah memupuk kedamaian hati. Saya percaya bahawa Mahaguru Ching Hai hidup untuk sentiasa memberi, mengasihi, memberkati orang lain. Beliau tak pernah minta sumbangan daripada orang. Sebenarnya Beliau menolaknya. Melalui kreativiti-Nya yg mengagumkan, Beliau mampu biayai kempen bantuan berkesan yang tidak terkira kepada mangsa bencana di seluruh dunia serta berikan hadiah yang berguna kepada kanak-kanak, banduan, warga emas dan orang uzur. Beliau ialah Kasih Sayang dgn tindakan. Secara peribadi, saya sering kagum dengan kegeniusan kreatif reka bentuk barangan kemas dan pakaian-Nya, khutbah, cerita dan jenaka-Nya, lukisan, muzik dan karya-Nya yang lain. Dengan bantuan pelajar-Nya yang ghairah, Beliau telah terbitkan pelbagai buku, CD, DVD dan majalah dalam lebih 30 bahasa. Stesen TV yang diilhamkan-Nya adalah unik di dunia, membuat siaran 24 jam setiap hari dalam 15 bahasa secara serentak, menekankan berita yang konstruktif dan kebenaran yang naikkan semangat yang orang yang tidak terkira gigih usahakan dengan banyak cara untuk bawa penyembuhan, kedamaian, kebijaksanaan & keindahan kpd dunia kita Ciri utama ajaran-Nya adalah ia bukan sahaja spiritual dan transenden tetapi juga sangat praktikal. Beliau memperoleh begitu banyak penyokong yang ghairah ialah bukti kepada belas kasihan dan keberanian asas umat manusia. Saya amat berbesar hati untuk alu-alukan ke perhimpunan kita mata arah spiritual agung yang kasih sayang dan pemahaman-Nya menerangi Bumi ini untuk semua orang, haiwan dan generasi akan datang: Mahaguru Ching Hai. Master: Halo, semua. Salam sejahtera kepada kalian. Tuhan begitu banyak berkati kalian. Dapat dengar suara saya tak? (Ya.) Bagus. Mungkin kalian baru mula lihat saya tetapi saya telah lihat kalian selama ini, di balik tabir. Saya ingin ucapkan halo, salam sejahtera dan terima kasih kepada Jeff Prang, Datuk Bandar West Hollywood serta semua ahli sains, profesor, wakil media dan semua tetamu terkemuka yang hadir hari ini. Terima kasih kerana mengambil masa yang berharga dalam kehidupan yang sibuk untuk hadiri persidangan ini bagi memberikan sokongan, nasihat, idea dan restu kalian. Bersama-sama, mungkin kita masih dapat menyelamatkan planet ini dengan berusaha gigih untuk mengingatkan orang tentang penyelesaian kepada pemanasan global. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Semoga Tuhan begitu banyak berkati kalian atas niat mulia kalian. Sila teruskan. Saya di sini untuk dengar saja. Okey? Hanya nak memberi salam. MC: Jane Velez-Mitchell: Wau! Terima kasih banyak-banyak, Mahaguru. Begitu baik mendengar daripada Guru. Sementara saya dengar suara Guru pun, saya boleh tahu bahawa Guru ialah Kasih Sayang dgn tindakan. Yang penting adalah kita dapat dengar daripada Mahaguru. Itu penting. Jadi itu perkara utama. Sekali lagi, kami begitu gembira dengan Mahaguru berada di sana. Guru telah buat begitu banyak. Secara peribadi, setiap kali saya minta bantuan daripada Mahaguru untuk tujuan baik, sama ada menyelamatkan anjing laut atau hentikan kekejaman terhadap haiwan di ladang kilang, Beliau dan pasukan-Nya yang mengagumkan sentiasa berada di sana dengan kemurahan hati yang besar. Itu buat saya menitiskan air mata. Saya rasa Beliau ialah contoh yang mengagumkan untuk kita semua. Jadi mari kita dengarnya untuk Mahaguru. Master: Terima kasih, Jane. Terima kasih banyak-banyak. MC: Jane Velez-Mitchell: Sekrg saya ingin perkenalkan kpd kalian seorang lelaki yg benar-benar luar biasa. Beliau seorang koboi. Beliau telah mencipta sejarah, bongkarkan rahsia perniagaan tani yang paling tidak menyenangkan. Digelar dgn mesra sebagai ‘Koboi Gila’, Howard Lyman habiskan kerjayanya sebagai salah satu pengusaha makanan lembu yang terbesar di Amerika Syarikat sehingga sesuatu berlaku. Itu pertarungan dengan kanser. Itu telah ubah beliau jadi salah seorang aktivis vegan paling lantang bersuara yang pernah dunia lihat. Beliau menjadi terkenal di dunia selepas penampilan dlm rancangan Oprah. Barangkali kalian masih ingat akannya. Ia menggegarkan pasaran daging di seluruh dunia. Beliau akan beritahu kita semua tentang itu. Howard, marilah bercakap dengan kami kerana kamulah orangnya. Kamulah orang yang buat saya menjadi vegan. Saya menemu ramah kamu 10 tahun yang lalu dan kamu tanya saya sama ada saya seorang vegan dan saya kata, “Saya hanya seorang vegetarian.” Kamu kata, “Daging cecair.” Saya tak pernah sentuh hasil tenusu sejak waktu itu. (Syabas!) Howard: Terima kasih banyak-banyak, Jane. Kita di sini hari ini, telah semakin hampiri cenuram pada kelajuan 200 batu sejam. Ahli politik dan birokrat berkata, “Jangan risau.” Mereka akan berikan jagaan sebaik mungkin kepada mereka yang terselamat di dasar cenuram. Saya seorang petani, penternak dan pengusaha lot makanan generasi ke-4. Saya pergi ke seluruh dunia dan bercakap dengan orang tentang jumlah produk haiwan yang betul yang harus ada dalam diet mereka adalah sifar. Apa yang ingin saya beritahu kalian ialah saya habiskan 45 tahun dalam hidup saya dalam pertanian pengeluaran. Apa yang kita buat hari ini di Amerika di ladang dan ladang ternak kita memang tidak mampan sepenuhnya. Kita perlu berubah! Saya dibesarkan semasa Perang Dunia Kedua. Kami miliki ladang tenusu organik yang terbesar di negeri Montana. Ibu bapa saya tak dapat mengupah pembantu. Ibu bapa saya memerah susu lembu. Ini bermakna saya dibesarkan oleh datuk nenek saya. Pada masa itu, tiada benda seperti buaian, papan gelongsor atau blok Lego. Pada masa itu, jagaan harian adalah bekerja di kebun. Pekerjaan pertama saya, pd usia 5 tahun, adalah bekerja di kebun. Burung, pokok dan tanih hidup – saya rasa itu Taman Firdaus. Satu-satunya pekerjaan yg saya mahukan adalah menjadi seorang petani. Saya habiskan 12 tahun pertama dalam hidup saya tidak buat apa-apa pun kecuali berparti dan bermain bola sepak kerana saya tahu bahawa saya akan menjadi seorang petani. Apabila saya pergi ke ladang itu, perniagaan yang perlu dijalankan itu, saya tiada peralatan untuk menjalankan perniagaan. Saya lebih bodoh daripada tiang. Saya tidak biarkan itu ganggu saya sedikit pun. Saya lakukan apa yang akan kebanyakan belia Amerika yang berdarah merah [lakukan]. [Selepas] 12 tahun bersekolah tetapi tidak pelajari apa-apa pun, saya segera pergi ke universiti. Saya pergi ke universiti kerana saya ingin menjadi ahli perniagaan tani. Sekarang saya tak dapat mengejanya tetapi saya tahu itu apa yang saya mahukan. Saya pelajari perkara tentang racun herba, racun perosak, hormon dan ubat-ubatan. Saya menyerapnya bagai span. Saya akan pulang ke rumah, mengambil ladang organik itu dan ubahnya menjadi perniagaan tani. Saya tamat pengajian dengan ijazah dalam pertanian. Saya pulang ke rumah dan berkata kepada bapa saya. Saya kata, “Marilah sini, ayah.” Saya akan mengambil perniagaan yang sangat kecil ini dan akan mengubahnya menjadi perniagaan tani.” Beliau berkata, “Apakah itu?” Saya berkata kepadanya, “Tak pernahkah ayah dengar tentang kehidupan yg lebih baik melalui kimia?” Beliau berkata, “Tidak, pekerjaan kita adalah bekerja bersama alam semula jadi.” Saya kata, “Itu cara lama. Pekerjaan kita adalah beri makan kpd dunia yang lapar.” Saya tak pernah temui bahan kimia yang saya tak suka – racun herba, racun perosak, hormon dan ubat-ubatan. Saya ambil ladang yang sangat kecil itu dan dalam tempoh beberapa tahun, saya ubahnya menjadi operasi di mana saya miliki 7,000 ekor lembu. Saya tak dapat gambarkan betapa terujanya saya kali pertama menulis cek bernilai sejuta dolar dan ia tidak melambung. Saya berfikir, “Ya Tuhan, saya telah capainya. Saya ialah Donald Trump pertanian.” Tetapi baru saja saya rasa begitu gembira, saya mendapat panggilan kejut. Saya menjadi lumpuh dari pinggang ke bawah. Saya ada tumor pada saraf tunjang dan doktor beritahu saya, berkata, “Jika tumor itu berada di dalam saraf tunjang, kamu ada peluang kurang daripada satu dalam sejuta untuk berjalan semula.” Seseorang berikan kemungkinan satu dalam sejuta kepada kita. Apa yang mereka maksudkan ialah, “Hei! Pilihlah kerusi roda yang kamu suka. Kamu akan berada di atasnya sepanjang sisa hidupmu.” Saya di sini, menunggu pembedahan. Banyak perkara bermain dalam fikiran saya. Itu bukan mengenai memiliki tujuh buah jentuai pada harga $100,000 seunit, 20 buah traktor atau 30 buah trak. Apa yang bermain dalam fikiran saya ialah sebab saya menjadi petani: burung, pokok dan tanih hidup. Saya lihat burung mati, pokok mati. Saya lihat tanih berubah. Sehingga saya menjadi lumpuh baru saya sanggup mengakui bahawa saya ialah masalahnya, bukan penyelesaiannya. Mereka membedah saya selama 12 jam, memotong tulang bahagian belakang tulang belakang saya. Memang betul, tumor itu berada di sebelah dalam saraf tunjang. Mereka membelah penutup pada saraf tunjang. Ia bukan sahaja berada di sebelah dalam malah berada di bawah saraf tunjang. Mereka tak dapat angkat saraf tunjang untuk sampai ke tumor itu. Apa yang boleh mereka buat hanyalah dapatkan saraf, potongnya. Mereka keluarkan tumor sebesar ibu jari saya. Saya berjalan keluar dari hospital dengan pembedahan satu dalam sejuta. (Wau!) Tapi saya jamin kepada kalian bahawa saya berjalan keluar sebagai individu yang jauh berbeza. (Wau!) Saya tahu yang penting bukan soal lebih banyak tanah, lebih banyak lembu atau lebih banyak alat. Ada benda yang lebih penting daripada hanya menjadi lebih besar dan lebih kaya. Saya pergi jumpa jurubank saya dan berkata kepada dia, “Saya perlukan bantuanmu. Kita perlu mula bertani bersama alam semula jadi.” Jurubank saya melayah ke belakang di atas kerusinya dan berkata, “Apa maksud itu?” Saya kata, “Rasanya kita perlu menjadi petani organik.” Photo Caption: “Adalah Boleh Diterima Kita Tunjukkan Penghargaan kepada Matahari dengan Cuba Sedaya Upaya untuk Bertindak, Kelihatan Seperti Matahari!”











